• Kata-Kata Pujian dan Peningkatan Prestasi Akademik Pelajar

Dorongan dan motivasi melalui kata-kata yang diucapkan dari hati yang ikhlas dan tulus oleh ibu bapa atau mana-mana pihak lain mampu mendorong minat dan kesungguhan untuk belajar dalam kalangan pelajar. Pandangan ini disokong oleh pelbagai teori berkaitan pembelajaran dan motivasi yang pernah dilahirkan sebelum ini. Bagi penganut Islam, kata-kata rangsangan yang dilafazkan oleh ibu bapa adalah umpama doa untuk kejayaan anak-anak mereka.

Dengan melihat kepada beberapa orang pelajar yang dikategorikan sebagai pelajar-pelajar cemerlang, buku ini merakamkan pelbagai kata-kata, terutama kata-kata berbentuk pujian adan nasihat yang dipercayai mampu memberikan dorongan dan motivasi untuk membentuk pelajar yang cemerlang. Ia turut membincangkan tentang kata-kata berbentuk rangsangan, khususnya kata-kata nasihat, dan kepentingannya dalam meningkatkan prestasi pelajar di dalam peperiksaan. Diharapkan apa yang dipaparkan dalam buku ini akan dapat dikongsi dan dipraktikkan dengan penuh yakin oleh ibu bapa dan semua pihak demi kejayaan para pelajar.


Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
Captcha

Kata-Kata Pujian dan Peningkatan Prestasi Akademik Pelajar

  • by Rusli Ahmad & Abg Ishar Abg Yaman

  • 978-967-5527-07-4

  • 2010

  • RM23.00


Related Products

Employee Appraisal and Cognitive Information Processing Systems

Employee Appraisal and Cognitive Information Processing Systems

This book is vitally important because performance activities is become one of the main task for off..

RM3.00 RM12.00 Ex Tax: RM3.00

Tags: kata pujian, prestasi pelajar, motivation in education, student, Sarawak, Malaysia