• Persembahan Bangsawan di Sarawak (Cetakan Kedua)

Persembahan bangsawan mula dipentaskan di Sarawak sekitar awal abad ke-20 oleh kumpulan-kumpulan bangsawan dari Tanah Melayu dan Singapura. Teater Melayu ini komersial sifatnya segera muncul popular dalam kalangan masyarakat tempatan ketika itu. Sekitar 1930-an, masyarakat tempatan negeri ini mula mementaskan bangsawan, terutamanya di kampung-kampung Melayu di sepanjang kawasan persisir pantai Sarawak. Apa yang menarik adalah sebelum ini, ramai yang kurang mengetahui bahawa masyarakat tempatan Sarawak memilik tradisi penganjuran persembahan bangsawannya yang tersendiri. Apakah kaedah dan tujuan persembahan bangsawan masyarakat ini sama dengan pementasan bangsawan yang dianjurkan oleh kumpulan-kumpulan bangsawan dari Tanah Melayu dan Singapura? Buku ini menyediakan jawapan kepada persoalan tersebut dengan memperincikan perkembangan dan perubahan bangsawan di Sarawak selari dengan suasana ekonomi, politik, dan sosial masyarakat melayu tempatan 1914-2004. Persembahan bangsawan di Sarawak dibincangkan mengikut emoat fasa perkembangannya iaitu, bangsawan Tanah Melayu dan Singapura, bangsawan Kampung, bangsawan era 1980-an, dan bangsawan Sarawak. Penerbitan buku ini adalah sebahagian daripada usaha melengkapkan jurang ilmu persembahan bangsawan di Malaysia, khususnya di Sarawak.




Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
Captcha

Persembahan Bangsawan di Sarawak (Cetakan Kedua)

  • by Nur Afifah Vanitha Abdullah

  • 978-967-5527-23-4

  • 2011

  • RM79.50


Related Products

Nora and Hedda in Malaysian Theatre

Nora and Hedda in Malaysian Theatre

Synopsis:Up to 2010, only one play by Ibsen has been presented to the Malaysian audience. The Wild D..

RM3.00 Ex Tax: RM3.00

Tags: theatre, performing arts, bangsawan, sarawak, malaysia