• Permata yang Terpendam: Hasbie Sulaiman (Soft Cover)
Buku ini memaparkan perjalanan hidup Mohd Hasbie Sulaiman, salah seorang anak Sarawak yang berjasa dalam pembinaan negeri ini. Anak seorang pengatur huruf di syarikat percetakan ini dilahirkan pada tahun 1927. Beliau bertatih dan maju langkah demi langkah dalam kehidupannya. Sebagai seorang pejuang nasionalisme, beliau turut meletakkan jawatan bersama-sama pegawai lain dalam kumpulan 338 pada tahun 1946. Hasbie bergiat aktif dalam Barisan Pemuda Sarawak dan Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak. Kehidupan Hasbie begitu berwarna-warni. Banyak pengalaman dan iktibar dapat dipelajari daripada kehidupannya, baik sebagai aktivis sosial dan budaya, pelukis mahupun sebagai penjawat awam. Dengan bakat seni dan penulisan yang ada padanya, Hasbie diberi peluang untuk bekerja di Jabatan Penerangan sebagai pereka grafik. Seorang yang menguasai bahasa Melayu dan Inggeris yang baik, Hasbie terbabit dalam pelbagai aktiviti kebahasaan, termasuk penulisan. Akhirnya, beliau dilantik sebagai Pengarah Jabatan Kebudayaan Belia dan Sukan pada 1972 sebelum bersara pada tahun 1982.


Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
Captcha

Permata yang Terpendam: Hasbie Sulaiman (Soft Cover)

  • by Jeniri Amir

  • 978-967-5527-70-8

  • 2014

  • RM28.50


Tags: biography, nationalist, politics and government, Sarawak, Malaysia