• Rahsia Ordinal Kelahiran dan Personaliti Anda. Awak Anak ke Berapa?

Fakta berkaitan pengaruh ordinal kelahiran terhadap pembentukan personaliti manusia bukan lagi sekadar cakap-cakap kosong, tetapi telah dibuktikan melalui kajian-kajian berbentuk empiris oleh ahli psikologi dan kaunselor semenjak abad ke-19 lagi. Malah, terdapat banyak penemuan menarik dalam kajian-kajian berkenaan ordinal kelahiran dan personaliti yang menjadikannya bidang yang terus mendapat tempat di hati para pengkaji sehingga kini. Buku Awak Anak ke Berapa? ini menyajikan informasi berpandukan Teori Ordinal Kelahiran yang diperkanalkan oleh ahli psikologi terkenal, Alfred Adler. Melalui pembacaan buku ini, anda berpeluang untuk memahami diri anda melalui penerangan mudah mengenai pengaruh konstelasi keluarga terhadap tret-tret personaliti anda. Malah, anda juga dapat mengaplikasikan pengetahuan ini bagi meningkatkan hubungan baik antara anda dengan individu di sekeliling, contohnya seperti ahli keluarga, rakan-rakan, dan majikan di tempat kerja. Dapatan kajian yang mengagumkan turut dikongsikan bersama-sama anda. Anda bakal menerima kefahaman mengenai mengapa anda berbeza berbanding orang lain, mengapa anda mudah rapat dengan sesetengah individu tetapi tidak dengan individu yang lain, mengapa anda memilih jalan kehidupan yang berbeza dengan ahli keluarga, dan sebagainya. Jadi, pastikan anda tidak melepaskan peluang keemasan ini!

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
Captcha

Rahsia Ordinal Kelahiran dan Personaliti Anda. Awak Anak ke Berapa?

  • by Aina Razlin Mohammad Roose

  • 978-967-2008-52-1

  • 2018

  • RM52.30