Sinopsis:
Penerbitan merakamkan khazanah sesebuah bangsa. Kaya dan majunya ketamadunan sesebuah bangsa biasanya diukur dengan jumlah terbitan yang dihasilkan dalam pelbagai bidang ilmiah dan bukan ilmiah. Walaupun aktiviti penerbitan telah lama bertapak di negara ini, namun belum terdapat sebuah buku yang dihasilkan untuk membincangkan kaedah penerbitan pelbagai jenis terbitan sama ada surat berita, risalah, tabloid, akhbar mahupun buku. Buku ini meneroka aktiviti penerbitan bermula dengan mengenali pelbagai jenis media sehinggalah kepada proses menghasilkan terbitan-terbitan ini. Ditulis dalam bahasa yang mudah difahami, buku ini merungkaikan teori dan praktis penerbitan untuk memudahkan mereka yang berminat mengaplikasikan dan mempraktikkan ilmu ini.
Penerbitan: Teori dan Praktis
-
by Mus Chairil Samani
-
978-967-5527-41-8
-
2012
-
RM48.00
Related Products
Tags: penerbitan, publishing, unimas, universiti malaysia sarawak