• Bahasa dan Komuniti

Buku ini ialah himpunan kajian yang meneroka dan menyelidik kebahasaan dalam komuniti sesebuah masyarakat. Komuniti dalam masyarakat mempunyai kepelbagaian berbahasa dari segi pilihan kata, sebutan, intonasi dan lengoknya yang tersendiri. Bhasa dapat mnyerlahkan jati diri, identiti dan ketinggian akal budi dalam sesebuah komuniti masyarakat. Perbincangan kajian dalam buku ini merangkumi aspek bahasa dan masyrakat dari segi pilihan bahasa dalam kalangan remaja di Kuching, Sarawak dan komuniti majoriti di Pendang, Kedah yang memilih bahasa Siam sebagai bahasa interaksi harian. Selain itu, buku ini mengupas aspek percampuran kod dalam media eletronik dan platform digital. Trend berbahasa moden turut diketengahkan dalam buku ini. Buku ini amat sesuai dijadikan rujukan kepada pelajar di institusi pengajian tinggi, tenaga pelajar, pengkaji dan pencinta bahasa.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
Captcha

Bahasa dan Komuniti

  • by WAN ROBIAH MEOR OSMAN

  • 978-967-0054-66-7

  • 2024

  • RM63.00