Buku ini mengimbau kembali proses penghasilan kajian tentang bahasa lelucon Tok Nan. Kajian telah dimulakan ketika beliau masih lagi menerajui Negeri Sarawak. Didapati Tok Nan sering kali mempamerkan penggunaan bahasa lelucon semasa beliau menyampaikan amanat beliau. Selitan unsur lelucon yang beliau gunakan sering mengundang gelak ketawa audiens. Menyedari bahawa bahasa lelucon beliau sangat mencuit hati dan sering mengundang gelak ketawa daripada audiens ini tanpa niat prejudis atau tersembunyi, tetapi semata-mata untuk menarik perhatian audiens beliau, maka sebanyak lima belas teks ucapan lisan Tok Nan yang mengandungi unsur penggunaan bahasa lelucon diteliti dan ditelusuri maknanya secara harfiah sahaja. Hasil penelitian terhadap unsur lelucon dalam ucapan beliau telah dapat dikompilasikan dalam buku ini.
Bahasa Lelucon; Bahasa Tok Nan dalam Kenangan
-
by Mary Fatimah Subet, Nurul Jannah Roslan, Salbia Hj Hassan and Dayang Sariah Bang Suhai.
-
978-967-0054-12-4
-
2023
-
RM30.00
Tags: Latest Book