Buku ini menggabungkan beberapa penulisan yang menjurus kepada pengkajian bahasa dari sudut ragam, makna dan lakuan tuturan, melibatkan data yang bervariasi. Antara data bahasa yang dianalisis termasuklah dialek Melayu utara dalam wayang kulit, bahasa Melayu dalam genre filem dan khidmat pesanan ringkas, serta dialek Melayu Kabong di Sarawak. Buku ini turut mengetengahkah klajian berkaitan peranan dan penggunaan kamus bahasa sukuan iaitu bahasa Melanau-bahasa Melayu dalam pembelajaran bahasa. Tidak ketinggalan, bahasa dan pantang larang dalam budaya masyarakat India turut dikupas dari sudut pragmatik, selain penjelasan berkenaan berkenaan senario penggunaan bahasa Kantonis di Malaysia berdasarkan beberapa domain sosial. Dengan memanfaatkan kerangka analisis yang berpada dalam penulisan bagi setiap bab, buku ini sesuai dijadikan rujukan oleh para pelajar,pengkaji dan peminat bahasa serta bidang linguistik.
Bahasa Rumpun Bangsa
-
by HAMIDAH ABDUL WAHAB
-
978-967-0054-53-7
-
2024
-
RM52.00