• Melahirkan Usahawan Berjaya dalam Kalangan Siswazah

Buku “Melahirkan Usahawan Berjaya Dalam Kalangan Siswazah” ini menunjukkan pencapaian usahawan siswazah dalam dunia perniagaan melalui ciri yang ada dalam diri mereka. Ciri-ciri ini dapat dilihat sebagai faktor yang mempengaruhi kejayaan mereka dalam bidang keusahawanan. Buku ini juga memuatkan cabaran yang dihadapi sepanjang menceburi bidang perniagaan. Diharap maklumat ini dapat dimanfaatkan oleh pelbagai pihak terutamanya siswazah. Para siswazah yang berminat dalam bidang keusahawanan, juga akan dapat meraih manfaat daripada idea yang dikemukakan dalam buku ini bagi membantu mereka mencapai kejayaan dalam bidang keusahawanan yang diceburi.

Pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) serta Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut pengajian Tinggi Swasta (IPTS) juga dapat menggunakan buku ini sebagai rujukan untuk mengenal pasti strategi dan pendekatan terbaik untuk menggalakkan dan membudayakan bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan siswazah selepas tamat pengajian. Kelahiran buku ini adalah tepat pada waktunya apabila siswazah sekarang menghadapi masalah kesukaran untuk mendapat pekerjaan yang setara dengan kelayakan serta terpaksa berdepan dengan masalah pengangguran yang menghantui siswazah pada akhir-akhir ini.



Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
Captcha

Melahirkan Usahawan Berjaya dalam Kalangan Siswazah

  • by Mazdan Ali Amaran

  • 978-967-5527-80-7

  • 2015

  • RM55.50


Related Products

Menjejaki Siswazah UNIMAS

Menjejaki Siswazah UNIMAS

Sejak penubuhannya, UNIMAS telah merancang dan melaksanakan pelbagai program akademik dan bukan akad..

RM12.00 Ex Tax: RM12.00

Tags: usahawan, siswazah, unimas, universiti, malaysia